Saturday, April 29, 2006

SELAMAT HARI PEKERJA.

Sempena hari pekerja yang akan disambut pada 1 Mei ini Dewan Pemuda Pas Kawasan Kelana Jaya amat-amat menginsafi keperitan yang dihadapi oleh golongan pekerja yang berhadapan dengan kenaikan harga petrol dan diesil serta pelbagai barangan dan perkhidmatan akhir-akhir ini.

Ini kerana kami Dewan Pemuda Kawasan Kelana Jaya juga adalah golongan pekerja, apa yang dirasai oleh kalian turut juga dirasai oleh kami sebagai rakyat. Namun begitu disamping golongan pekerja yang menjadi penggerak kepada kitaran ekonomi negara, anda juga adalah rakyat Malaysia yang mempunyai hak dan suara dalam menentukan hala tuju pentadbiran negara.

Oleh itu kami Dewan Pemuda Pas Kawasan Kelana Jaya menyeru kepada golongan pekerja sekalian marilah kita bangkit bersama-sama dengan golongan pelajar, golongan petani, berjuang kearah Malaysia yang adil dan bebas daripada penindasan.

-::Hidup pekerja! Hidup Rakyat!::-
Hapuskan penindasan!

Friday, April 28, 2006

DIALOG BERSAMA AHLI PARLIMEN PENDANG MEDAN PERCAMBAHAN MINDA ANTARA PIMPINAN DAN AHLI PAS.

Pada 26 April yang lalu telah diadakan satu dialog bersama Ahli Parlimen Pendang, Yang Berhormat Dr Hayati Mohd Othman di Markaz Pas Kawasan Kelana Jaya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai khususnya ahli Pas di Kawasan Kelana Jaya tentang isu-isu yang sedang hangat dibahaskan di Dewan Rakyat.

Dialog yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan Kawasan Kelana jaya dengan kerjasama Dewan Pemuda Pas Kawasan Kelana Jaya ini bermula jam 9.00 Malam dengan sesi ceramah tentang isu-isu yang sedang dibahaskan di Dewan Rakyat dan diikuti dengan sesi dialog.

Pelbagai isu yang telah disentuh pada sesi ceramah malam itu, antaranya Rancangan Malaysia ke-9, kenaikan tarif elektrik dan tidak ketinggalan isu-isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam. Pada sesi dialog pula ianya telah menarik ramai penyertaan daripada mereka yang hadir yang turut serta memberikan soalan dan juga pandangan.

Kesimpulannya program ini bukan sahaja telah memberikan manfaat kepada mereka yang hadir, malahan melalui sesi dialog ianya juga telah memberikan input yang berguna kepada YB Dr Mohd Hayati sendiri untuk sessi perbahasan di Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.

Wednesday, April 26, 2006

Buku "Kenaikan Harga Minyak - Hakikat & Persoalan"
Dapatkan e-Book Kenaikan Minyak : Hakikat dan Persoalan di dalam bentuk pdf. Buku ini diterbitkan oleh Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES).Protes merupakan gabungan parti-parti politik termasuk Parti Islam Se- Malaysia(PAS),Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Sosialis Malaysia (PSM), badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan pelajar.

Anda boleh download dengan
1.Klik di sini.(Rapidshare.com)
2.Pilih butang "Free"
3.Masukkan kod yang tertera dan tekan butan download.

atau

1.Klik di sini (savefile.com)
2.Tekan Butan "Download".
3.Klik pada " Download the file now"

atau

1. Klik di sini. (Megaupload.com)

Monday, April 24, 2006

Dialog bersama Ahli Parlimen Pendang.

Assalamualaikum.

Satu ceramah dan dialog bersama YB Dr Mohd Hayati Othman akan dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Kawasan Kelana Jaya dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Kelana Jaya pada:

26 April 2006 (Rabu)
9.00 Malam.
Markaz Kawasan Kelana Jaya, SS15, Subang jaya.


-:::Semua dijemput hadir:::-

Sunday, April 23, 2006

Takziah
Kami Dewan Pemuda Pas Kawasan Kelana Jaya mengucapkan takziah di atas pemergian Tun Ghafar Baba pada pagi tadi ( 23 April pukul 7.34 pagi ) dan berharap semoga anggota keluarga Allahyarham bertenang menghadapi ujian besar ini.
Al-Fatihah.