Saturday, September 23, 2006


PEMANDANGAN BIASA DI PJS 6 SELEPAS HUJAN




























Gambar-gambar yang dipaparkan di atas ini telah diambil pada semalam 23 September 2006. Ianya adalah pemandangan biasa selepas hujan lebat di jalan utama PJS 6 simpang keluar ke Jalan Klang Lama ini. Walaupun semalam hujan lebat berlaku dalam jangka masa yang tidak lama namun ianya sudah cukup untuk menyebabkan banjir kilat di jalan yang menghubungkan Bandar Sunway dengan Jalan Klang Lama ini. Apabila berlakunya banjir kilat ini, menyebabkan kenderaan tidak dapat melalui jalan utama PJS 6 ini, kesesakan turut berlaku di Jalan Klang Lama berhadapan dengan Kontena Nasional Berhad.
Sebenarnya fenomena banjir kilat ini telah berlaku sejak dahulu lagi, sejak Penempatan Desa Mentari masih lagi menjadi penempatan setinggan dan sejak Petaling Jaya masih berstatus Majlis Perbandaran. Namun begitu apa yang dikesalkan walaupun Petaling Jaya telah pun berstatus Bandaraya, kejadian banjir kilat ini masih lagi berlaku. Saya percaya andaikata perkara ini berlaku di penempatan yang agak mewah seperti di Bandar Sunway, maka ianya tidak akan mengambil masa yang lama dan segera akan diatasi oleh pihak berwajib.
Tetapi inilah nasib yang menimpa penduduk-penduduk sekitar Kg. Lindungan dan Desa Mentari yang rata-rata penduduknya berpendapatan sederhana ini. Ketika cukai pintu akan dinaikkan ekoran taraf bandaraya yang dinikmati, keadaan banjir kilat ini masih lagi belum diatasi.

Friday, September 22, 2006

TAZIRAH SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN AL MUBARAK.

(Oleh Ustaz Azwar daripada Tim Tarbiah DPPKJ)

Alhamdulillah ramadhan yang telah setahun berlalu meninggalkan kita kini kembali menemui kita, sudah tentu bagi insan yang mempunyai hati yang cinta dan ketaqwaan kepada ilahi senantiasa dalam kerinduan menanti ketbaan Ramadhan al-Mubarak, persoalannya adakah kita termasuk dalam golongan ini ? maka beruntunglah mereka yang dianugerahkan hati dan akal oleh Allah lantas dia menggunakan dengan sebaik-baiknya, mereka yang dianugerahkan anggota pancaindera menggunakan anugerah tersebut dengan sebaik-baiknya. Maka kecelakaanlah kepada mereka yang melakukan sebaliknya.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w senantiasa ramadhan dengan penuh kegembiraan dan berlapang dada. Perasaan gembira itu disampaikan pula kepada sahabat " telah datang kepadamu bulan ramadhan, bulan keberkatan , Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat menghapuskan dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlumba-lumbnya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikatnya , maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini" ( riwayat at-Thabrani ). Dalam hadis yang lain pula banginda bersabda " Semua amalan anak adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berfirman "Melainkan puasa kerana ia untukku dan aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya keranaku, bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan ; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika menemui tuhannya, dan bau busuk ( dari mulut orang yang berpuasa ) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada Musk" ( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan kepada hadis di atas kedatangan Ramadhan al-Mubarak begitu istimewa maka tidak hairanlah baginda Rasulullah amat gembira tatkala tibanya ramadhan. Keterangan ini juga memberi kefahaman kepada kita bahawa
Puasa merupakan perkara dharuriyah dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia akan menjadi kufur, maka sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie hendaklah dihukum

Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang dihalalkan untuk melakukannya sebelum ramadhan. Denganitu , puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang ramadhan berlangsung

Bulan ramadhan dikenali sebagai bulan mengukur prestasi dimana Allah memberikan kesempatan kepada orang beriman untuk membaiki darjatnya di sisi Allah
Ramadhana adalah bulan ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan itu kita hendaklah benar-benar berusaha supaya tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang bulan ramadhan ini , kerana bulan ramadhan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih pertunjuk kebenaran daripada Allah s.w.t

Dalam melaksanakan tuntutan berpuasa dalam bulan yang penuh keberkatan ini kita terlebih dahulu hendaklah memahami tujuan utama disyariatkan kepada orang-orang beriman antaranya ialah untuk mendidik jiwa manusia menjadi hamba yang bertaqwa, taqwa bermaksud memulihara diri daripada azab Allah dengan mentaati segala suruhan Allah dan menjauhi segala larangan Allah.

Jesteru itu jika seseorang yang menahan makan minum dan nafsu syahwat tetapi masih tidak yakin dengan keadilan undang-undang Allah yang terdapat dalam al-Quran serta menolak dan menperlekehkan golongan ulama’ yang mewarisi perjuangan para Anbiya’. Adakah akan sempurna amalan puasa kita? Maka marilah sama-sama kita merenung, berfikir dengan hati dan akal yang sentiasa mengingati keagungan Allah s.w.t.

Selamat megerjakan ibadat di bulan Ramadhan al- mubarak.


""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

Di kesempatan ini juga DPPKJ ingin mengucapkan selamat menyempurnakan ibadah puasa serta ibadah-ibadah yang lain yang wajib mahupun sunat. Semoga Ramadhan ini adalah ramadhan yang terbaik untuk kita. Isya-Allah.

Friday, September 15, 2006

CERITA DI SEBALIK KERJA-KERJA MENAIKTARAF DEWAN SRI LINDUNGAN.


Dewan ini dahulunya adalah bilik gerakan Umno Cawangan Kg. Lindungan dan beberapa kali digunakan sebagai bilik gerakan Barisan Nasional semasa Pilihanraya umum. Oleh kerana ianya terletak di kawasan yang dikenal pasti sebagai penempatan setinggan. Apabila diumumkan kempen setinggan sifar oleh Kerajaan Negeri Selangor. Maka dewan ini terus bertukar fungsi sebagai dewan orang ramai. Beberapa bulan yang lalu apabila berlakunya ribut, dewan ini telah mengalami kerosakan akibat ditimpa oleh sebatang pokok yang tumbang. Oleh kerana itu dewan ini telah mendapat peruntukkan daripada pejabat daerah untuk kerja baik pulih. Sama-samalah kita nantikan adakah dewan ini akan terus menjadi dewan orang ramai atau adakah ianya akan kembali menjadi bilik gerakan pilihanraya untuk Umno lebih-lebih apabila tibanya pilihanraya.