Sunday, September 30, 2007

PROGRAM AGIHAN JUADAH BUBUR LAMBUK SEMPENA BULAN RAMADHAN.

Julung-julung kalinya Pas Kawasan Kelana Jaya dengan kerjasama Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan cawangan-cawangan telah bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kelana Jaya dalam menjayakan program agihan juadah berbuka puasa Bubur Lambuk yang menjadi program tradisi Pas Kawasan setiap kali menjelang bulan Ramadhan.

Sebanyak 1000 pek Bubur Lambuk telah diagihkan ke surau-surau dan masjid di sekitar Dun Seri Setia termasuk sebuah Bazaar Ramadhan di PJS 6, Kg Lindungan. Program ini turut disertai oleh Ketua Bahagian PKR Kelana Jaya, Syed Shahir Bin Syed Mahmud yang sudi menyampaikan bingkisan Bubur Lambuk kepada pengunjung Bazaar Ramadhan PJS 6, Kg Lindungan.

Thursday, September 13, 2007

Wednesday, September 12, 2007



-=::SALAM RAMADHAN AL MUBARAK DARIPADA KAMI DEWAN::=-
PEMUDA PAS KAWASAN KELANA JAYA.

Monday, September 03, 2007

XPDC DA'WAH DAN XPDC TAWAN GUNUNG NUANG.

Pada malam ambang merdeka yang ke-50 yang lalu seperti tahun-tahun yang sebelumnya, Dewan Pemuda Pas Kawasan Kelana Jaya telah menyertai XPDC da’wah anjuran Pemuda Ajung Tengah yang diadakan di Sunway Piramid. Walaupun ulangtahun kemerdekaan yang ke-50 pada kali ini bertumpu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur namun program XPDC Da’wah ini tetap dijalankan di Sunway Piramid bertujuan menyampaikan risalah dakwah kepada mereka terutamanya golongan muda yang menyambut ambang merdeka. Program telah bermula jam 11.30 malam dan berakhir kira-kira jam 12.30 malam. Apa yang kami DPPKJ simpulkan melalui program turun padang ini ialah walaupun sudah 50 tahun negara kita mencapai kemerdekaan namun sambutannya sama seperti sebelumnya iaitu mengambarkan bahawa masyarakat kita masih lagi terjajah dengan budaya dan cara hidup barat. Oleh itu risalah yang dihulurkan pada malam itu diharapkan sedikit sebanyak dapat membuka ruang kepada segelintir masyarakat terutama golongan muda yang sedang hanyut ini untuk berfikir dan berubah.

Pada keesokan harinya pula iaitu 30 Ogos 2007 kami telah mengadakan XPDC menawan Gunung Nuang. Program yang dianjurkan oleh Lajnah Tarbiah DPPKJ ini bertujuan untuk memantapkan ukhwah dan tarbiah di kalangan ahli di samping meningkatkan kecergasan fizikal ahli pemuda. Perjalanan menempuh hutan belantara telah cukup memberi manfaat kepada kami tentang erti ukhwah dan kerjasama di kalangan ahli terutama dalam menempuh kesukaran meredah hutan belantara. Selain itu ianya memberi iktibar kepada kami tentang perit jerih pejuang kemerdekaan yang terdahulu yang terpaksa lari ke hutan akibat diburu oleh penjajah. Untuk makluman program rehlah atau XPDC seumpama ini adalah kali kedua diadakan oleh DPPKJ selepas XPDC merentas lautan di sekitar Pulau Langkawi tahun lepas.