Tuesday, October 30, 2007

Presiden arah semua ahli PAS sertai Himpunan 100,000 Rakyat

Saidah Hairan Tue Oct 30, 07 2:39:30 pm MYT
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi wang mengarahkan semua ahli PAS seluruh negara hadir pada program Himpunan 100,000 Rakyat di Dataran Merdeka pada 10 November nanti.
Arahan itu dinyatakan dalam kenyataan media yang ditandatangani bersama oleh Ketua Ulama PAS Pusat, Ustaz Mohamad Daud Iraqi; Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan Ketua Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.
Persetujuan itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 28 Oktober di Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar.
Mesyuarat itu bersetuju menganggap program Himpunan 100,000 rakyat sebagai satu program parti yang dianjurkan bersama dengan Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih).
Tujuan utama program itu untuk secara aman menyatakan hasrat PAS agar pilihan raya dikendalikan secara bersih dan adil.
Himpunan 100,000 rakyat akan diadakan pada hari Sabtu jam 2.30 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Semua peserta dikehendaki memakai pakaian berwarna kuning sebagai tanda kebersamaan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, kata penganjur.
Peserta juga dicadangkan datang lebih awal daripada masa yang ditetapkan untuk mengelakkan daripada tergendala, katanya. - lanh

Di petik daripada www.harakahdaily.net

Thursday, October 11, 2007



-=::Semoga kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan 1428::=-