Thursday, January 31, 2008

AL FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM DATO' ISHAK BAHAROM.



Selama hidupnya al marhum telah menginfakkan dirinya untuk agama Allah, melaksanakan amal ma'ruf dan nahi mungkar dan sedia dilucutkan jawatan dalam mempertahankan prinsipnya. Kini almarhum telah kembali 'berehat' setelah sekian lama bekerja untuk Islam. Semoga almarhum ditempatkan bersama para syuhada dan tabi'in.

Saturday, January 19, 2008

GELOMBANG PERUBAHAN KAUM INDIA DI PARLIMEN KELANA JAYA.

18 Januari yang lalu telah berlangsung majlis perasmian Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kelana Jaya. Apa yang menarik berkenaan majlis yang telah disempurnakan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sdr Azmin Ali ini ianya telah memperlihatkan gelombang kebangkitan kaum india di Parlimen Kelana Jaya ini apabila mereka turut hadir beramai-ramai memeriahkan majlis tersebut.

Selain daripada Sdr Azmin, Yang Dipertua Pas Kawasan Kelana Jaya, Sdr Roslan Shahir Bin Dato' Mohd Shahir dan Ketua Bahagian PKR Kelana Jaya turut memberikan ucapan pada majlis yang bermula pada jam 9 malam ini. Walaupun ada berlaku sedikit gangguan dan provokasi oleh pihak-pihak tertentu namun majlis tersebut dapat dijalankan dengan sempurna dengan kawalan daripada pasukan polis daripada IPD Petaling Jaya.

Pusat Khidmat Masyarakat yang diwujudkan bersama oleh Pas dan PKR Kelana Jaya ini boleh dikunjungi melalui alamat yang berikut;

No. B2-G-29, Tingkat Bawah Blok 3,
Desa Mentari, Jalan PJS 6/5G,
46150, Petaling Jaya.
No. Telefon - 019 2232002.

















Wednesday, January 16, 2008

Wednesday, January 09, 2008

Saturday, January 05, 2008

Pilihanraya olok-olok Umno di PJS 6.

Pagi tadi telah berlangsung apa yang dinamakan pilihanraya olok-olok yang dianjurkan oleh Umno di seluruh Negeri Selangor. Difahamkan bahawa timbulnya pilihanraya olok-olok ini setelah Umno mendapati pembangkang berjaya menganjurkan hampir 200 program di Seluruh Selangor dan ditambah pula dengan kenyataan Tun Daim bahawa Negeri Selangor adalah antara negeri yang berisiko jatuh di tangan pembangkang dalam pilihanraya akan datang.

Kami sempat merakamkan suasana pilihanraya berkenaan yang di adakan di sekitar PJS 6, Kg Lindungan. Yang pastinya penganjuran pilihanraya olok-olok oleh Umno ini telah mempergunakan dewan orang ramai, agensi kerajaan seperti RELA dan remaja-remaja bermotor yang mereka gelar sebagai Mat Rempit. Melalui temubual kami bersama salah seorang daripada remaja ini, kami mendapati bahawa mereka telah dibayar sebanyak RM 30 untuk duit minyak. Kelihatan salah seorang remaja bermotor yang diupah oleh Umno ini melakukan aksi wheely iaitu aksi yang begitu terkenal bagi golongan Mat Rempit.