Wednesday, April 30, 2008

SELAMAT HARI PEKERJA
"Semoga sambutan hari pekerja pada kali ini
memberikan seribu makna
kepada kaum pekerja di negara ini
terutama sekali setelah Pakatan Rakyat
berjaya membentuk kerajaan di lima negeri
dan meletakkan banyak wakil di parlimen.
Mudah-mudahan nasib mereka akan terbela"

Tuesday, April 29, 2008

CERAMAH PAKATAN RAKYAT TIDAK LAGI DIGANGGU.



Semalam saya sempat menghadiri program ceramah umum anjuran Pas Cawangan Penaga atau akan dikenali sebagai Cawangan PJS 5. Kelihatannya ceramah yang dianjurkan di kawasan lapang Blok 8, Desa Mentari semalam berjalan dengan suasana yang aman tanpa gangguan terutama sekali daripada pihak keselamatan.

Antara penceramah yang menyampaikan ceramah pada malam itu ialah Ketua Bahagian PKR Kelana Jaya, Tuan Syed Shahir Syed Mahmud, ADUN Seri Setia YB Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Pokok Sena Tuan Haji Mahfuz Omar yang memberikan penerangan dalam konteks Pakatan Rakyat sebagai parti pemerintah.

Apapun tahniah kepada Pas Cawangan Penaga yang berjaya menganjurkan ceramah umum di tempat terbuka dan pujian juga harus diberikan kepada pihak polis yang sedia meluluskan permohonan permit ceramah. Diharap program-program penerangan sebegini dapat diperbanyakkan bertujuan untuk menerangkan berkenaan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.
SEKITAR MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN KELANA JAYA KALI KE-5.
















Mesyuarat Agung Pas Kawasan Kelana Jaya kali ke-5 yang julung-julung kalinya diadakan di dewan milik Majlis Bandaraya Petaling Jaya ini telah dirasmikan oleh Exco Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrustruktur dan Kemudahan Awam, YB Datuk Dr Hasan Ali.

Antara tetamu yang hadir pada majlis perasmian mesyuarat agung ini ialah ADUN Seri Setia yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua PKR Bahagian Kelana Jaya yang juga Presiden MTUC, Tuan Syed Shahir Syed Mahmud, wakil daripada masjid dan surau di seluruh Parlimen Kelana Jaya dan turut hadir ialah wakil daripada kaum india.

Mesyuarat Agung Pas Kawasan Kelana Jaya ini turut diserikan dengan penyampaian beberapa anugerah dan cabutan bertuah. Mesyuarat Agung pada kali ini juga telah mendapat tempat dalam Akhbar Sinar Harian bertarikh 28 April 2008.

Wednesday, April 23, 2008

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CAWANGAN PAS DI KAWASAN KELANA JAYA DALAM AKHBAR SIASAH.

Sunday, April 20, 2008

SEKITAR MESYUARAT AGUNG DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KELANA JAYA.









Buat pertama kalinya Dewan Pemuda Pas Kawasan Kelana Jaya telah mengadakan mesyuarat agung tahunannya bertempat di premis milik kerajaan yang sewa daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Mesyuarat agung tahunan DPPKJ ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Sdr Ahmad Zaidy Bin Muttalib, Bendahari Pemuda Pas Negeri Selangor. Sesuai dengan Pas khususnya di Negeri Selangor ini sebagai parti yang memerintah, usul yang dikemukakan pada kali ini juga turut menyentuh berkenaan isu pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.