Tuesday, May 16, 2006


FUTSAL MENDEKATKAN PEMUDA DENGAN REMAJA DI KELANA JAYA.

Subang Jaya, 16 Mei - Menyedari tentang minat dan kehendak golongan remaja terutamanya di kawasan Kelana Jaya , Dewan Pemuda Pas Kawasan Kelana Jaya di bawah Tim Pembangunan Remaja dan cawangan Kelana Jaya pada 15 Mei yang lepas telah mengorak langkah mendekati golongan muda dengan mengadakan program Futsal pemuda bersama remaja.

Program yang bermula jam 10.00 pagi ini telah diadakan di Sunway Sport Planet ini dan disertai oleh lebih kurang 30 orang remaja dari sekitar kawasan Kelana Jaya.Program dijalankan secara santai dimana telah dimulakan dengan permainan futsal dan diakhiri dengan sesi taa'ruf ringkas.
Selain daripada AJK Pemuda Kawasan, Ketua Penerangan Pas Kawasan Kelana Jaya, Hj. Awang Bakar merangkap ketua cawangan Kelana Jaya juga turut bersama-sama dalam menjayakan program futsal ini.Malahan , beliau turut bersama-sama turun padang mempamerkan aksi ala " Zidane".
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kelana Jaya amat mengalu-alukan mana-mana cawangan yang berminat untuk menyertai sesi futsal ini di masa hadapan.Sebarang pertanyaan boleh terus diajukan kepada mana-mana ajk Dewan Pemuda Kawasan. Tahniah dan sekalung penghargaan buat tim Pembangunan Remaja dan Cawangan Kelana Jaya diatas kelangsungan program ini.

Wednesday, May 10, 2006

Dari Setiausaha Dewan Pemuda PAS Selangor :
Turun beramai-ramai ke Pelancaran Kempen Derma RM1 seorang untuk Palestin pada Sabtu 13 Mei jam 5 petang di perkarangan Masjid India , Kuala Lumpur

Monday, May 01, 2006

Kain Rentang Sempena Hari Pekerja