Saturday, July 01, 2006

PROGRAM 3+1 MENAMPILKAN KELAINAN DALAM PROGRAM YANG PERNAH DIANJURKAN OLEH PEMUDA.

Pada 24 dan 25 Jun yang lepas telah diadakan satu program yang dianjurkan oleh Tim Pembangunan Remaja Dewan Pemuda Pas Kawasan Kelana jaya bertempat di Taman Cahaya Sri Alam, Shah Alam. Program yang dinamakan sebagai Kem 3+1 ini adalah kesinambungan daripada program-program remaja yang bertujuan untuk mendekatkan Pemuda Pas dengan golongan remaja di Kawasan Kelana jaya.

Sesuai dengan nama Kem 3+1, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan selama dua hari satu malam berkampung di Penginapan Rumah Perlis yang mengandingkan aktiviti berbentuk ibadah, ukhwah serta riadah. Namun apa yang menariknya pada program ini, pada jam 3.00 pagi hari ahad peserta program bersama-sama menonton perlawanan Piala Dunia pusingan kedua di antara Mexico dan Argentina, sejurus selepas tamat siaran perlawanan, diadakan pula program qiamulail dan diikuti solat subuh.

Kesimpulannya, apa yang hendak disampaikan dalam program 3+1 ini adalah untuk memberitahu golongan remaja bahawa minat kita dalam perkembangan sukan piala dunia juga tidak menghalang daripada kita melakukan ibadah solat malam.