Sunday, October 22, 2006


SALAM AIDULFITRI DARIPADA DPPKJ.

Sedar tidak sedar kita sudah pun memasuki penghujung Ramadan dan akan menyambut kedatangan satu Syawal. Sebagaimana yang ditekankan bahawa bulan Ramadan ini adalah bulan ujian atau bulan perperiksaan untuk menguji kita umat islam yang mengaku beriman kepada-Nya. Maka keputusan sama ada kita berjaya atau tidak berjaya melalui ujian Ramadan ini adalah apabila selepas bulan Ramadan ini. Sejauhmanakah segala amalan dan ibadah yang telah diperhebatkan di bulan Ramadan ini dapat kita teruskan pada bulan-bulan yang lain.

Di kesempatan ini juga kami DPPKJ mendoakan agar kita semua khususnya di Parlimen Kelana Jaya ini agar selamat pergi dan balik ke destinasi yang dituju. Mulakanlah perjalanan anda dengan bacaan doa sebelum menaiki kenderaan. Akhir sekali semoga ianya sebenar-sebenar Aidulfitri iaitu sebagai hari kesyukuran serta hari kemenangan umat islam selama berada di bulan Ramadan dan tidak dicampur adukkan dengan perkara-perkara mungkar yang merosakkan sambutan aidulfitri itu sendiri.

"Salam idulfitri, salam kemenangan umat islam sarwajagat. Semoga kita akan sentiasa merindui Ramadan yang akan berlalu walaupun kita berada di kemeriahan Syawal"