Wednesday, May 20, 2009

Blog ini telah berpindah ke dalam bentuk 'portal'.
Suatu transformasi.

Silalah ke http://dppkj.gofreeserve.com/
Masih lagi dalam proses pengubahsuaian.

Harap maklum.

Monday, May 18, 2009

Alhamdulillah, pada hujung minggu yang lepas Laskar Pelangi Kelana Jaya yang dipilih ALLAH telah melunaskan tanggungjawab membuat persiapan kerangka progam(blue print) Pemuda PAS Kawasan Kelana Jaya.

Program yang dirangka supaya perlaksaannya berlangsung selama 2 tahun ini, merangkumi aspek organisasi(setiasusaha), sukan dan kebudayaan, kebajikan, penerangan, ekonomi dan politik, dapat memanfaatkan penduduk Kelana Jaya dan memperlihatkan kredibiliti PEMUDA PAS kawasan Kelana Jaya.

Perlaksanaan program mendatang diharap dapat memakmurkan penduduk kawasan Kelana Jaya disamping mengurangkan gejala sosial.


Berkenaan blog ini
Akan diupdate setiap hari Rabu.
Akan memuatkan web Radio dan webTV Pemuda Pas Kelana Jaya.
Akan di'revamp' design blog ini
(berpindah ke dppkj.wordpress.com)

Tuesday, April 14, 2009

Alhamdulillah, muktamar ke 6 PAS Kawasan Kelana Jaya berlangsung dengan jayanya.
Tahniah diucapkankepada saf pimpinan baru.

Harapan kami agar kalian akan memikul tanggung jawab ini dengan penuh amanah.

Kembalikan Islam pada tempatnya!

Ayuh bekerja!

Saturday, December 20, 2008

Umno juga eksploitasi kanak-kanak untuk kepentingan politik.

Petikan daripada Berita Minggu bertarikh 21 Disember 2008.

Baginda sedih perbuatan eksploitasi kanak-kanak.
SUBANG JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan tindakan segelintir pihak yang mengeksploitasikan kanak-kanak dalam kempen yang melanggar undang-undang untuk kepentingan mereka.
Kenyataan baginda itu disampaikan kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar sebelum berangkat ke luar negeri pada petang Khamis, selain meminta polis mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terbabit.
Khalid berkata, baginda mengarahkan polis mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menggunakan kanak-kanak dalam aktiviti yang melanggar undang-undang.
Katanya, tindakan penganjur mempengaruhi kanak-kanak untuk memberontak dan melanggar undang-undang sedangkan pada usia sedemikian mereka sewajarnya diberi didikan berguna dan ditanam dengan nilai sayang dan cintakan negara.






Gambar daripada arkib DPPKJ.

Gambar ini telah diambil semasa hari pengundian di Daerah mengundi PJS 6 Timur, DUN Seri Setia pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Ini jelas menunjukkan Umno dan Barisan Nasional juga menggunakan kanak-kanak untuk kempen pilihanraya mereka.

Saturday, December 06, 2008

Sunday, November 30, 2008

HARI KESIHATAN SS 19 SUBANG JAYA.

Hari kesihatan SS 19 yang dianjurkan bersama Pejabat ADUN Subang Jaya, Pas Kawasan Kelana Jaya dan Pas Cawangan SS 19 ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada masyarakat khususnya di sekitar SS 19 Subang Jaya untuk mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma selaras dengan konsep Negeri Berkebajikan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Negeri Selangor ini.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi, pemeriksaan kesihatan kaum wanita, ceramah kesihatan dan kempen derma darah. Program Hari Kesihatan ini juga telah mendapat penyertaan daripada pelbagai agensi kerajaan, pihak swasta dan NGO antaranya ialah Majlis Kanser Nasional atau MAKNA, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor dan Yayasan Buah Pinggan Nasional.

Diharapkan program sebegini dapat diteruskan sebagai kesinambungan program khidmat kemasyarakatan daripada Pas dan Pakatan Rakyat.








Saturday, November 22, 2008