Sunday, November 30, 2008

HARI KESIHATAN SS 19 SUBANG JAYA.

Hari kesihatan SS 19 yang dianjurkan bersama Pejabat ADUN Subang Jaya, Pas Kawasan Kelana Jaya dan Pas Cawangan SS 19 ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada masyarakat khususnya di sekitar SS 19 Subang Jaya untuk mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma selaras dengan konsep Negeri Berkebajikan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Negeri Selangor ini.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi, pemeriksaan kesihatan kaum wanita, ceramah kesihatan dan kempen derma darah. Program Hari Kesihatan ini juga telah mendapat penyertaan daripada pelbagai agensi kerajaan, pihak swasta dan NGO antaranya ialah Majlis Kanser Nasional atau MAKNA, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor dan Yayasan Buah Pinggan Nasional.

Diharapkan program sebegini dapat diteruskan sebagai kesinambungan program khidmat kemasyarakatan daripada Pas dan Pakatan Rakyat.








No comments: