Thursday, November 02, 2006

BEBERAPA TANDATANYA TENTANG KERJA-KERJA UBAHSUAI MASJID ABU BAKAR SS19, SUBANG JAYA.


Di atas ini adalah gambar Masjid Abu bakar SS19, Subang Jaya yang sedang dalam kerja-kerja baik pulih. Namun begitu telah timbul beberapa tanda tanya tentang kerja-kerja pembaikan pulih masjid berkenaan. Yang pertamanya jika kita perhatikan pada papan tanda projek masjid berkenaan tidak dinyatakan tarikh mula dan juga tarikh siap kerja-kerja pembaikan masjid berkenaan. Ini bermakna ahli-ahli kariah masjid tersebut tidak akan dapat mengetahui bilakah kerja-kerja pembaikan ini akan selesai.

Menurut salah seorang AJK Masjid yang ditemui mengatakan bahawa notis penutupan masjid yang diberi adalah terlalu singkat iaitu pada 17 Ogos 2006 dan penutupan masjid dibuat pada 21 Ogos 2006. Lebih malang lagi apabila tidak disediakan ruang solat sementara untuk para jemaah sementara menunggu kerja-kerja pembaikan selesai. Akibatnya sepanjang bulan Ramadan yang lalu ahli qariah masjid berkenaan terpaksa solat sunat terawikh Kawasan yang jterletak auh daripada tempat mereka.

Jika kita teliti surat daripada Jabatan Agama Islam Selangor atau JAIS di atas ini pula. Di dapati bahawa surat ini hanya ditandatangani oleh Penolong Pengarah JAIS sedangkan untuk tujuan penutupan sesebuah masjid, notis arahan mestilah ditandatangani oleh mufti ataupun pengarah JAIS sendiri. Menurut AJK masjid yang ditemui itu lagi, Nazir Masjid Abu bakar, Tuan Hj Yusof adalah suami kepada Adun Seri Setia, Datuk Paduka Syarifah Norli bukanlah kariah masjid berkenaan kerana beliau tidak tinggal di situ sebaliknya tinggal di rumah exco kerajaan negeri di Shah Alam. Jadi sepatutnya perlantikan beliau sebagai nazir masjid adalah tidak sah kerana seserang nazir mestilah ahli kariah.



No comments: