SERUAN DPPKJ SEMPENA MAAL HIJRAH 1428.
Esok kita umat islam akan melangkah masuk ke tahun baru hijrah 1427 dalam satu catatan peristiwa yang penting bagi umat islam seluruh zaman yang dipanggil peristiwa Maal Hijrah. Mengambil iktibar daripada peristiwa penghijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah ini pada kebiasaannya umat Islam akan diseru agar berhijrah namun hijrah yang dimaksudkan bukanlah dalam bentuk perpindahan fizikal seperti yang dilaksanakan oleh Nabi SAW 1428 tahun dahulu. Ianya lebih kepada agar umat Islam berhijrah dalam bentuk seperti daripada buruk kepada baik, daripada mundur kepada maju dan sebagainya.
Jika kita singkap kembali sirah Rasulullah SAW, salah satu faktor yang mendorong nabi Muhammad SAW meninggalkan bumi Mekah dan berpindah ke Madinah adalah sebab sukarnya untuk melaksanakan dakwah di bumi kelahiran baginda SAW. Oleh kerana itulah Allah SWT telah memerintahkan agar Rasulullah SAW beserta pengikutnya berhijrah ke bumi Madinah dalam usaha untuk mengembangkan ajaran Islam di sana dan penghijrahan ini telah terbukti kejayaannya apabila wujudnya sebuah Negara Islam Madinah iaitu pemerintahan Islam yang pertama dalam sejarah Islam. Seterusnya dengan tertegaknya Negara Islam di Madinah inilah maka tersebarluasnya dakwah Islamiah hingga ke luar tanah arab.
Oleh kerana itulah maka kami DPPKJ menyeru kepada umat Islam khususnya di Parlimen Kelana Jaya ini disamping melakukan hijrah ke arah peribadi muslim atau muslim yang soleh, marilah kita sama-sama melaksanakan hijrah daripada pemerintahan yang menolak perlaksanaan Islam secara syumul kepada pemerintah yang mahu kepada perlaksanaan Islam secara syumul dalam pilihanraya yang akan datang agar da'wah yang dibawa oleh rasulullah dahulu dapat disuburkan di bumi Malaysia ini.
Friday, January 19, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment