SITUASI DI KG. LINDUNGAN SEMALAM SEOLAH-OLAH AKAN BERLANSUNGNYA DEMONSTRASI
Semalam di Kg. Lindungan seolah-olah akan berlangsungnya sebuah Demonstrasi oleh parti pembangkang apabila kira-kira 50 anggota polis termasuk anggota Cawangan Khas diletakkan di setiap simpang masuk ke Markaz Pas Cawangan Kg. Lindungan tempat berlangsungnya Ceramah Motivasi Hijrah oleh Dr, Hasan Ali.
Walaupun ceramah yang dirancang semalam tidak memerlukan permit polis kerana dianjurkan di dalam premis persendirian kami difahamkan bahawa tujuan anggota polis diletakkan adalah untuk memastikan bahawa ceramah yang dianjurkan benar-benar di dalam premis serta tidak mengganggu ketenteraman jiran yang lain.
Namun apa yang menjadi kemusykilan ialah berkenaan anggota polis yang diletakkan di simpang-simpang masuk ke tempat ceramah. Kami juga dimaklumkan ramai yang ingin menghadiri ceramah berpatah balik apabila melihat sepasukan polis berkawal di simpang masuk ke tempat ceramah.
Apa yang dapat kami simpulkan di sini selepas Ceramah Perdana Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Taman Medan pada 3 Febuari yang lepas tidak diluluskan permitnya, perkembangan semalam jelas menunjukkan kepada betapa takutnya pemerintah terhadap program-program penerangan yang dianjurkan oleh parti pembangkang.
Walaupun dikawal oleh sepasukan anggota polis beruniform beserta anggota Cawangan Khas di sekeliling premis, ceramah yang turut disampaikan oleh Yang Dipertua Pas Kawasan Kelana Jaya semalam berjaya menarik kehadiran hampir 300 orang.
Thursday, February 15, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment