Tahniah kepada peserta himpunan BERSIH 10 November.
Kami Dewan Pemuda Kawasan Kelana Jaya mengucapkan tahniah khususnya kepada pengundi di Parlimen Kelana Jaya yang sanggup turun ke jalanraya menyertai himpunan 100,000 rakyat anjuran BERSIH bagi menuntut pemulihan demokrasi dan seterusnya pembaikan proses pilihanraya di negara ini.
Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur iaitu BERSIH yang berjaya mengumpulkan 100,000 rakyat Malaysia turun ke ibu kota berhadapan dengan pelbagai kesulitan demi untuk menuntut perubahan dalam sistem demokrasi.
Di samping itu kami juga amat kesal dengan tindakan pihak polis mengganggu perjalanan himpunan yang aman dan tenteram seperti yang dijamin oleh penganjur ini. Perhimpunan dan perarakan ini sepatutnya boleh menjadi aman jika pihak polis tidak menghalang serta membiarkan peserta himpunan terus berarak menuju ke Istana Negara melalui Dataran Merdeka.
Himpunan semalam juga turut mengundang insiden cemas kepada kami apabila salah seorang daripada ahli pemuda Kelana Jaya didapati tidak sampai ke rumah hingga jam 8 malam tadi. Pada mulanya keputusan dibuat untuk pergi ke IPK KL kerana khuatir jika sahabat berkenaan antara yang ditahan oleh pihak polis. Namun mujurlah beberapa minit selepas itu isteri sahabat berkenaan memberitahu bahawa dia sudah berada dalam perjalanan pulang.
Sunday, November 11, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment