KENYATAAN BLOG DPPKJ TENTANG KENAIKAN HARGA MINYAK.
Kami Dewan Pemuda Pas Kelana Jaya berasa amat kesal dengan tindakan kerajaan menghapuskan subsidi harga minyak yang mengakibatkan kenaikan kenaikan yang mendadak bagi harga bahan bakar ini.
Walaupun kerajaan memberikan subsidi dalam bentuk tunai kepada pemilik kenderaan yang berkapasiti tertentu namun bagi kami jumlah tetap yang diberikan adalah tidak mencukupi untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh rakyat yang mengunakan kenderaan berbeza mengikut jumlah jarak kilometer.
Kami menyokong cadangan untuk memberikan subsidi hanya kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana namun mekanisme pemberian subsidinya haruslah dibuat dengan cara yang lebih berkesan agar ianya benar-benar sampai ke golongan sasaran.
Ini kerana kami melihat bahawa pemberian subsidi secara rebet tunai ini masih belum mampu mengurang beban pengguna yang berpendapatan rendah dan sedarhana dan dalam masa yang sama ianya masih belum mampu untuk menghalang golongan yang berpendapatan tinggi untuk menikmati subsidi yang bukan hak mereka.
Oleh itu kami meminta agar pihak kerajaan mengembalikan pemberian subsidi dalam bentuk asal dan memikirkan terbaik cara agar subsidi ini hanya dinikmati oleh golongan yang benar-benar memerlukan.
Thursday, June 05, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment