Sunday, September 21, 2008

TRADISI MENGEDAR BUBUR LAMBUK PADA BULAN RAMADHAN DITERUSKAN.







Sudah menjadi tradisi Dewan Pemuda dan Muslimat Pas Kawasan Kelana jaya setiap kali ketibaan bulan Ramadan mereka akan mengagihkan juadah bubur lambuk untuk berbuka puasa kepada umat Islam di Parlimen Kelana Jaya ini. Maka pada Ramadan tahun ini tradisi mengagihkan bubur lambuk ini tetap diteruskan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Pada tahun ini bertempat di Surau al-Muhajirin, USJ 1 program agihan Bubur Lambuk ini telah diadakan dengan kerjasama Pejabat Adun Subang Jaya dan Ahli Jawatankuasa Surau al-Muhajirin USJ 1. Bermula jam 5 petang sebanyak 800 bungkus juadah Bubur Lambuk telah mula diedarkan kepada penduduk yang berhampiran yang turut disertai oleh Adun Subang Jaya YB Hannah Yeoh dan YDP Pas Kawasan Kelana Jaya yang juga Ahli Majlis Kerajaan Tempatan MPSJ, Sdr Roslan Shahir Bin Datuk Mohd Shahir.

YB Hannah dan Sdr Roslan juga turut meluangkan masa mengagihkan Bubur Lambuk kepada pengunjung bazaar Ramadan yang berhampiran. Kami Dewan Pemuda Pas Kawasan Kelana Jaya merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak yang terlibat menjaya program ini terutama sekali Pejabat Adun Subang Jaya dan Ahli Jawatankuasa Surau al-Muhajirin USJ 1.

No comments: