Friday, April 28, 2006

DIALOG BERSAMA AHLI PARLIMEN PENDANG MEDAN PERCAMBAHAN MINDA ANTARA PIMPINAN DAN AHLI PAS.

Pada 26 April yang lalu telah diadakan satu dialog bersama Ahli Parlimen Pendang, Yang Berhormat Dr Hayati Mohd Othman di Markaz Pas Kawasan Kelana Jaya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai khususnya ahli Pas di Kawasan Kelana Jaya tentang isu-isu yang sedang hangat dibahaskan di Dewan Rakyat.

Dialog yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan Kawasan Kelana jaya dengan kerjasama Dewan Pemuda Pas Kawasan Kelana Jaya ini bermula jam 9.00 Malam dengan sesi ceramah tentang isu-isu yang sedang dibahaskan di Dewan Rakyat dan diikuti dengan sesi dialog.

Pelbagai isu yang telah disentuh pada sesi ceramah malam itu, antaranya Rancangan Malaysia ke-9, kenaikan tarif elektrik dan tidak ketinggalan isu-isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam. Pada sesi dialog pula ianya telah menarik ramai penyertaan daripada mereka yang hadir yang turut serta memberikan soalan dan juga pandangan.

Kesimpulannya program ini bukan sahaja telah memberikan manfaat kepada mereka yang hadir, malahan melalui sesi dialog ianya juga telah memberikan input yang berguna kepada YB Dr Mohd Hayati sendiri untuk sessi perbahasan di Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.

No comments: