Sunday, January 07, 2007

PARLIMEN KELANA JAYA JADI TUMPUAN PEMBANTAH KENAIKAN TOL.



Parlimen Kelana Jaya siang tadi menjadi tumpuan para pembantah kenaikan kadar Tol apabila berlangsungnya satu demonstrasi aman bagi membantah kenaikan kadar Tol di beberapa lebuhraya berkuatkuasa 1 januari yang lalu. Demonstrasi yang dianjurkan oleh Gabungan Protes Kenaikan Tol atau PROTES itu telah diadakan di pusat membeli-belah terkemuka Sunway Piramid bermula Jam 4 petang.

Beberapa wakil daripada pimpinan parti politik, NGO dan persatuan pelajar telah mengambil bahagian berucap dalam perhimpunan tersebut. Walaupun di kawal oleh sepasukan polis daripada Unit Simpanan Persekutuan atau FRU perhimpunan yang berakhir lebih kurang jam 6 petang itu berlangsung dalam suasana terkawal tanpa tindakan ganas daripada mana-mana pihak. Pihak DPPKJ mengucapkan tahniah kepada penganjur dan peserta-peserta perhimpunan atas perhimpunan yang berlangsung aman berkenaan.

4 comments:

azad said...

teruskan!

sekadar cadangan dari hamba yg kurg pengetahuan & pengalaman
1. adakan tindakan susulan bagi mereka yg menyertai
a)forum atau sidang debat
b)ceramah
c)aktiviti kemasyarakatan

biarkan aktiviti berterusan dan bukan bermusim.

semoga diberi kekuatan.

(Tumpang tanya, subang jaya masuk bawah Kelana Jaya jugak ke?)

pemudakelanajaya said...

Yup . Parlimen Kelana Jaya meliputi subang jaya, USJ , Kelana Jaya , Sunway n etc .Jemput datang ke Markaz kami di SS15 subang Jaya

azad said...

wah, markas di SS15? ana dulu dah tinggal lama di SS15, betul2 sederet dengan Masjid Darul Ehsan. Alhamdulillah, produk sekolah SRAMDE guru besarnya waktu tu Ust Hashim, & guru2 ana lain seperti Ust Isa, Ust Halimanshah.

Tapi mohon maaf tak dpt singgah dlm masa terdekat, masih belajar di luar negara. InshaAllah waktu cuti nanti ana hubungi

lidah penghunus said...

Assalamualaikum. salam ukhwah, semoga menempa kejayaan di sana. balik sini nanti boleh la lapor diri dengan kawasan kelana jaya.