Monday, April 09, 2007

DPPKJ SELESAI MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG KALI KE-3.

Dewan Pas Kawasan Kelana Jaya telah selesai mengadakan mesyuarat agungnya kali ke-3 pada 8 April yang lalu sebagai memenuhi tuntutan perlembagaan Parti yang mengkehendaki agar setiap Cawangan, Kawasan dan Dewan-Dewan mengadakan mesyuaratnya setiap tahun.

Mesyuarat agung tahunan yang dirasmikan oleh Penolong Setiausaha Pemuda Pas Negeri Selangor, Sdr Azizi Abd Rahim itu telah julung kali di adakah di Markaz Pas Cawangan Kg Lindungan. Selain daripada nyanyian Lagu Rasmi Pas serta Lagu Rasmi Pemuda, turut dimuatkan pada sesi perasmian ialah tayangan slaid berkenaan aktiviti DPPKJ sepanjang tahun.

Mesyuarat Agung DPPKJ pada kali ini telah menyaksikan gandingan beberapa muka baru disamping muka lama dalam saff kepimpinan Pemuda Kawasan Kelana Jaya 2007-2008 yang seterusnya akan bertanggungjawab memacu DPPKJ untuk menghadapi Pilihanraya Umum yang makin hampir.

No comments: