Monday, April 16, 2007

MURSYIDUL AM MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN KELANA JAYA.



Semalam Pas Kawasan Kelana Jaya telah menerima penghormatan apabila julung-julung kalinya Mesyuarat Agung kali keempat telah dirasmikan oleh Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.



Mesyuarat Agung yang disertai oleh perwakilan daripada Dewan Pemuda serta Dewan Muslimat dan 8 buah cawangan itu telah di adakan di Ocean Hall, Kelana Seafood, Kelana Jaya bermula Jam 8.30 Pagi. Perjalanan mesyuarat kemudiannya telah berakhir Jam 12.00 Tengah Hari untuk memberi laluan kepada ucapan perasmian oleh Tuan Guru Mursyidul Am.



Proses pemilihan pada mesyuarat agung kali ini juga telah meyaksikan beberapa muka baru sebagai mengisi barisan kepimpinan Pas Kawasan Kelana Jaya yang seterusnya akan membawa Pas kawasan menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

No comments: