Monday, May 21, 2007

DEWAN SRI LINDUNGAN BERTUKAR MENJADI BILIK GERAKAN UMNO CAWANGAN SRI LINDUNGAN.







*Klik pada imej untuk melihat paparan saiz sebenar

Dahulu Blog ini pernah mendedahkan tentang Bilik Gerakan Umno yang telah bertukar statusnya menjadi dewan orang ramai sebaik sahaja bermula operasi pembersihan penempatan setinggan pada tahun lepas dan ianya telah mendapat peruntukan daripada Pejabat Daerah untuk kerja-kerja menaik taraf.

Namun begitu belum pun tiba Pilihanraya Umum ke-12 kini dewan berkenaan telah bertukar menjadi bilik gerakan Umno bagi Cawangan Sri Lindungan. Nampaknya jika di peringkat pusat pun mereka boleh mempergunakan segala instrumen kerajaan untuk kepentingan politik mereka, apatah lagi diperingkat Kg. Lindungan ini. Namun begitu usaha akan dilakukan agar isu ini dapat dibawa ke Majlis Daerah atau pun PBT.






No comments: