Wednesday, June 11, 2008

ANUGERAH AIR 20 METER PADU UNTUK RAKYAT SELANGOR.

Kami Dewan Pemuda Pas Kawasan Kelana Jaya melahirkan rasa syukur atas terlaksananya salah satu janji Pakatan Rakyat di Selangor dalam Pilihanraya Umum yang lalu iaitu pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu pertama.

Bagi kami DPPKJ pemberian 20 meter padu percuma ini adalah tepat pada masa rakyat ketika ini berasa terhimpit dengan pengumuman kenaikan harga bahan api dan seterusnya barangan keperluan serta perkhidmatan.

Namun begitu kami Dewan Pemuda Pas Kawasan Kelana Jaya amat berharap agar kualiti penyediaan air di Negeri Selangor ini juga dapat dikekalkan. Kami tidak mahu oleh kerana rakyat Selangor tidak lagi membayar 20 meter padu yang pertama maka kualiti pembekalan air juga turut berkurangan.

Akhir sekali kami mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat yang telah bertungkus-lumus dalam memastikan janji air 20 meter padu percuma ini dapat ditunaikan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga harus diberikan kepada SYABAS yang telah memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri dalam melaksanakan janji mereka.

No comments: