Friday, September 22, 2006

TAZIRAH SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN AL MUBARAK.

(Oleh Ustaz Azwar daripada Tim Tarbiah DPPKJ)

Alhamdulillah ramadhan yang telah setahun berlalu meninggalkan kita kini kembali menemui kita, sudah tentu bagi insan yang mempunyai hati yang cinta dan ketaqwaan kepada ilahi senantiasa dalam kerinduan menanti ketbaan Ramadhan al-Mubarak, persoalannya adakah kita termasuk dalam golongan ini ? maka beruntunglah mereka yang dianugerahkan hati dan akal oleh Allah lantas dia menggunakan dengan sebaik-baiknya, mereka yang dianugerahkan anggota pancaindera menggunakan anugerah tersebut dengan sebaik-baiknya. Maka kecelakaanlah kepada mereka yang melakukan sebaliknya.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w senantiasa ramadhan dengan penuh kegembiraan dan berlapang dada. Perasaan gembira itu disampaikan pula kepada sahabat " telah datang kepadamu bulan ramadhan, bulan keberkatan , Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat menghapuskan dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlumba-lumbnya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikatnya , maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini" ( riwayat at-Thabrani ). Dalam hadis yang lain pula banginda bersabda " Semua amalan anak adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berfirman "Melainkan puasa kerana ia untukku dan aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya keranaku, bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan ; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika menemui tuhannya, dan bau busuk ( dari mulut orang yang berpuasa ) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada Musk" ( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan kepada hadis di atas kedatangan Ramadhan al-Mubarak begitu istimewa maka tidak hairanlah baginda Rasulullah amat gembira tatkala tibanya ramadhan. Keterangan ini juga memberi kefahaman kepada kita bahawa
Puasa merupakan perkara dharuriyah dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia akan menjadi kufur, maka sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie hendaklah dihukum

Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang dihalalkan untuk melakukannya sebelum ramadhan. Denganitu , puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang ramadhan berlangsung

Bulan ramadhan dikenali sebagai bulan mengukur prestasi dimana Allah memberikan kesempatan kepada orang beriman untuk membaiki darjatnya di sisi Allah
Ramadhana adalah bulan ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan itu kita hendaklah benar-benar berusaha supaya tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang bulan ramadhan ini , kerana bulan ramadhan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih pertunjuk kebenaran daripada Allah s.w.t

Dalam melaksanakan tuntutan berpuasa dalam bulan yang penuh keberkatan ini kita terlebih dahulu hendaklah memahami tujuan utama disyariatkan kepada orang-orang beriman antaranya ialah untuk mendidik jiwa manusia menjadi hamba yang bertaqwa, taqwa bermaksud memulihara diri daripada azab Allah dengan mentaati segala suruhan Allah dan menjauhi segala larangan Allah.

Jesteru itu jika seseorang yang menahan makan minum dan nafsu syahwat tetapi masih tidak yakin dengan keadilan undang-undang Allah yang terdapat dalam al-Quran serta menolak dan menperlekehkan golongan ulama’ yang mewarisi perjuangan para Anbiya’. Adakah akan sempurna amalan puasa kita? Maka marilah sama-sama kita merenung, berfikir dengan hati dan akal yang sentiasa mengingati keagungan Allah s.w.t.

Selamat megerjakan ibadat di bulan Ramadhan al- mubarak.


""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

Di kesempatan ini juga DPPKJ ingin mengucapkan selamat menyempurnakan ibadah puasa serta ibadah-ibadah yang lain yang wajib mahupun sunat. Semoga Ramadhan ini adalah ramadhan yang terbaik untuk kita. Isya-Allah.

No comments: