Thursday, November 02, 2006

KENYATAAN BLOG DPPKJ TENTANG KENAIKAN TARIF AIR DI LEMBAH KLANG.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Kelana Jaya amat kecewa atas kenaikan tarif air yang dikenakan ke atas penduduk di sekitar Lembah Klang yang telah pun berkuatkuasa semalam. Bagi kami Dewan Pemuda Pas Kawasan Kelana Jaya, kenaikan sebanyak 13.7 peratus untuk penggunaan lebih 20 dan 35 meter padu adalah sesuatu yang membebankan bagi rakyat khususnya di sekitar Lembah Klang ini memandangkan sebelum ini juga kita telah dibebankan dengan kenaikan harga petrol, tarif elektrik yang diikuti dengan kenaikan harga barangan dan keperluan yang lain.

Di sini juga kami mempertikaikan kenyataan Menteri Besar Selangor sebelum ini bahawa kenaikan ini bertujuan untuk mendidik rakyat agar menjimatkan penggunaan air. Sedangkan kenaikan ini bukan sahaja melibatkan pengguna isi rumah malahan melibatkan pengusaha-pengusaha yang kita sedia maklum menggunakan bekalan air pada kadar yang maksimum. Oleh itu Dewan Pemuda Pas Kawasan Kelana Jaya juga bimbang bahawa kenaikan ini akan menyebabkan peniaga-peniaga menaikkan harga barangan dan perkhidmatan mereka.

Melihatkan kepada isu-isu semasa yang timbul kebelakangan ini termasuk isu pembinaan rumah banglo mewah milik ADUN Pelabuhan Klang yang diambil tindakan hanya setelah ianya menjadi sensasi di media, maka kami Dewan Pemuda Pas Kawasan Kelana Jaya merasakan bahawa tiada lagi cara melainkan rakyat khususnya di Parlimen Kelana Jaya ini haruslah melakukan perubahan dalam pilihanraya umum yang akan dating.

No comments: