Tuesday, June 05, 2007

TAHNIAH KEPADA MEREKA YANG DIPILIH UNTUK MENERAJUI SAFF KEPIMPINAN TERTINGGI PAS.

Muktamar Tahunan Pas kali ke-53 baru sahaja selesai dan telah menyaksikan muka-muka baru di samping muka-muka lama mengisi kepimpinan Pas pusat. Kami Dewan Pemuda Pas Kawasan Kelana Jaya merakamkan sedalam-dalam tahniah kepada mereka yang dipilih untuk mengisi saff kepimpinan Pas pusat pada penggal 2007-2009.

Di sini kami DPPKJ berpendirian bahawa sesiapa sahaja yang dipilih untuk mengisi saff kepimpinan peringkat tertinggi dalam Pas maka mereka adalah orang yang diamanahkan untuk membawa parti ke arah mencapai matlamat perjungan Islam. Tidak kira dari mana pun latar belakang mereka, mereka ini akan sentiasa dipantau oleh majlis Syura Ulama’ iaitu badan pembuat dasar tertinggi dalam Pas.

Maka pinta kami kepada ahli-ahli Pas di semua peringkat agar teruskan berkerja untuk memastikan matlamat kita bersama untuk memenangkan Islam tercapai dan sama-samalah kita berdoa agar parti kita sentiasa dipelihara Allah S.W.T

1 comment:

dhuat79 said...

http://pemudapas.wordpress.com/

Harap kalian bolehlah memanfaatkan blog di atas.Suscribe ker...